Ubah Margin Blog

Apakah margin?
Margin ialah ruang antara setiap elemen di dalam layout blog korang.

Cuba perhati gambar di bawah:-


Dengan mengubah margin ini nanti, blog korang akan bertambah serinya.

Apa-apa hal, save templates asal korang dulu.

Jadi apa yang akan kita lakukan ialah tambahkan sedikit kod HTML pada kolum pos korang. Di sini aku hanya ubah margin pada pos kolum aku sebab ianya berada di tengah-tengah blog aku. Jadi bila aku buat border pada sidebar aku yang kiri, ianya mencacatkan blog aku. hehehehe...

Korang boleh aplikasikan ilmu godek ini kat mana-mana tempat yang korang rasakan perlu ubah. Ok jom mengodek...

Klik Template>Edit HTML dan cari kod ini

#main-wrapper {


Kemudian korang tambahkan kod berikut betul-betul di bawah seperti kod di atas.

margin-right: 10px;


Nanti kod HTML korang akan jadi seperti di bawah:-

#main-wrapper {
margin-right: 10px;
width: 444px;
float: $startSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}


Selepas itu korang mesti tukar width 'main wrapper'(bold) korang kepada 434px.
Jika korang sudah tukar width tersebut korang sebelum ini, korang mesti tolak 10px dari width main wrapper tadi.

Jika korang mempunyai 3 kolum dan mahu ubah sebelah kiri margin pos korang pula, hanya ubahkan kod ini
margin-right: 10px;
kepada
margin-left: 10px;


Ok selesai. Pastikan preview dulu blog korang sebelum save untuk pastikan semuanya berjalan lancar.

3 comments:

Post a Comment